18 August 2008

12th ENTRY


Tewas

Kecewa hati ini bile Malaysia gagal meraih pinat emas pertama dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Lebih kecewa bile melihat satu-satunya harapan kite tewas mudah seperti tak melawan. Perlawan yang hambar dengan mata demi mata dianugerahkan kepada pihak lawan atas kesilapan demi kesilapan yang dilakukan. Rasanya pengacara semalam pon berkongsi kekecewaan bila dia berkata 'this is supposed to be the game of the event'. Aku lebih teruja menonton perlawan penentuan pingat gangsa bergu campuran antara China dan Indonesia. Bagi aku, inilah perlawanan yang sepatutnya. Dan perlawanan ini dimenangi oleh China, walaupun aku berharap agar Indonesia menang.

Macam biasalah, kalau ada peserta Malaysia lawan, kita akan sokong Malaysia. Kalau takde, kita akan sokong negara jiran2 kita, Indonesia terutamanya. Kalau takde langsung, kita sokonglah mana-mana peserta yang kita suka. Bagi aku, aku sokong mana-mana negara yang bertanding kecuali Amerika dan China, sebab mereka dah banyak pingat, bagi can le pada orang lain plak.

Prestasi atlet2 Malaysia masih ditakuk lama, macam takde perubahan, macam takde kemajuan. Masih gagal memberi saingan di peringkat antarabangsa, walaupon ada, hanyalah acara2 yang tidak dipertandingkan diperingkat Olimpik. Dengan RM1,000,000 sebagai habuan, masih belum cukup untuk memberikan suntikan semangat. Di mana perginya laungan 'Malaysia Boleh!'?

No comments:

Post a Comment