17 August 2008

11th ENTRY


Mangkuk dan sudu yang sedia menunggu

Semalam aku menghadiri makan malam Kesatuan Kakitangan Am Unviersiti Malaya di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur. Ni merupakan kali kedua aku menghadiri makan malam seumpamanya selama aku bekerja kat UM ni. Kali pertama, last year, dekat Hotel Legend Kuala Lumpur. Acara start pukul 8.00 tapi aku ngam2 pukul 8.00 malam baru sampai. Ada masalah sikit dalam perjalanan, actually aku tau hotel ni kat mana, tapi setelah sampai di tempat yang sepatutnya, hotel tu tiba2 hilang dari pandangan dan membuatkan aku keterlajakan jauh. Cis!!. Bila pusing balik, baru nampak hotel tu kat mana, tapi masalahnya nak masuk kat mana? Ciss kali kedua!! Bertawaflah aku sebanyak 2 pusingan nak cari jalan masuk. Last2 aku tanya sorang pak guard yang bertugas dekat Empire Tower yang kebetulan berdiri dekat tepi jalan. Dia kata parking jer kat bawah tu dan naik atas. Aku pon follow le kata pak guard tu. Lepas parking aku pon naik atas masuk ke shopping complex aper tah. Aku tanya pulak seorang mak guard yg kebetulan ade kat situ. Dia kata, naik jer eskelator dan pergi kat hujung. Aku follow jer kata2 mak guard tu since dia lebih arif kat situ. Memang betul... terus2 jer sampai kat lobby hotel tuh. Aku amik lif, tingkat sepuluh, sampai le tempat yang dituju. Enam daripada lapan kawan aku dah pun tiba.



Ucapan saper tah

Makanan yang dihidangkan biasa jer.. takde le boleh dikategorikan sebagai best. Sedap tu ok ler.. makanan hotel, maner yang tak sedap. Tapi menu lebih kurang tahun lepas jer, chinese aku rasa. Boring gak, kalau menu dia sama jer... So.. quite boring lah makanan malam semalam tuh. Show pon biasa jer.. persembahan dari student2 pusat kebudayaan, tarian zapin, tarian india, tarian cina. Pastu ade persembahan Charlie Caplin tapi aku tgk macam Mr. Bean jer lakonan dia. Boring persembahan Charlie Caplin tu, ntahapeapentah. Then ada pertandingan 'best dress'. Aku tengok, tak best pon dress2 mereka tu, yang menang tu pon setakat bubuh labuci 1000 bijik jer kat baju dia, jadi merelik2 jer baju, tu yang buat menang. Mungkin itu yang paling best kot, dah takde yang dress-up malam tu, so menang le dia.. hahah.. Then ade lucky draw.. dan seperti biasa, aku tak lucky.. hahah...



Officemate aku yang join dinner malam tu


ehem.. ehem

No comments:

Post a Comment